Aug 27, 2010

persiapan hati

Setiap amalan dunia atau akhirat hendaklah didahului dengan persiapan. Persiapan penting bagi mencapai matlamat paling tinggi dalam sebarang perkara yang dirancang. Ini adalah naluri yang dimiliki oleh setiap orang, terutama ketika merancang sesuatu yang penting dalam hidup...
Hati adalah pusat persiapan bagi segala bentuk persiapan jasmani, sebelum mengerjakan ibadah. Hati adalah inti hidup dan kehidupan yang berada dalam diri seseorang. Oleh itu, islam mementingkan niat dalam segala hal. Sebagaimana pesanan Rasulullah SAW, segala amal perbuatan itu bergantung pada niatnya. Setiap orang (baik dan buruk) dinilai berdasarkan niatnya. Baginda juga pernah bersabda dengan tegas bahawa jasmani kita hanya akan sihat jika hati kita sihat. "Dalam tubuh kita terdapat segumpal darah. Jika ia sihat, sihatlah seluruh jasadnya dan jika ia 'rosak', maka 'rosak'lah seluruh jasadnya, ketahuilah segumpal darah itu adalah hati".

antara persiapan hati:..
1.TAKWA..
Mengubah hati menjadi baik tidak semudah membalikkan tapak tangan. Hati akan menjadi baik jika dipandu dengan lembut menuju ketakwaan, iaitu mengakui kebesaran ALLAH SWT lebih daripada apa pun dalam hidup ini.. Dengan takwa, ALLAH lebih banyak mengisi fikiran seseorang berbanding hal berkaitan kebendaan, kekuasaan, angan2 dan sebagainya. Akhirnya, hati akan menjadi taat dan patuh pada-NYA.
 Firman ALLAH SWT
"Siapa bertakwa kepada ALLAH, pasti DIA akan menunjukkan jalan keluar baginya".
                                                                                                          (Surah at-Talaq, ayat 2)

Takwa dapat diwujudkan dengan 2 sikap: ADIL dan PEMAAF. Dalam al-Quran, ada disebut, sikap adil mampu membawa pelakunya kepada ketakwaan,
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap seusatu kaum itu mendorong kamu pada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (pada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah pada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam tentang apa yang kamu lakukan. (Surah al-Ma'idah, ayat 8)

Sikap pemaaf pun dapat mewujudkan takwa yang ada dalam hati seseorang. ALLAH SWT berfirman, 
"Memaafkan itu lebih dekat hampir dengan takwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. ALLAH Maha Melihat segala yang kamu lakukan".

Persiapan hati...:
2.Tawakal
Tawakal adalah kebergantungan hati kita pada ALLAH SWT atas segala urusan yang kita hadapi. Ia sudah cukup bagi kita menghadapi kegelisahan dan permasalahan duniawi. Dengn tawakal, kita yakin bahawa kita tidak perlu memohon pada selain-NYA, malah kita pasrah padanya dengan sebenar-benar pasrah. Dialah yang menjalankan roda kehidupan semua makhluk dengan kuasa-NYA..Firman ALLAH SWT:
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah) , sesiapa berserah diri bulat2 pada ALLAH, ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNYA, ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu..
                                                                                               (Surat at-Talaq, ayat 3)

No comments:

Post a Comment

Ini blog putri d'bayu. Sebarang tindakan untuk men'copyright' dari blog ini akan didakwa. If like, sila CREDIT blog putri d'bayu