Nov 1, 2011

selangkah ke gerbang Pra-Pekerjaan...

alhamdulillah, baru saat ini berpeluang untuk bertinta kembali, setelah berbulan-bulan menyepi tanpa sekalipun menjenguk laman blog ini.

buat para sahabat dan sahabiah yang rajin menjenguk untuk melihat apakah terdapat perubahan dalam blog ini, ana memohon maaf sejak beberapa menjak ini, agak sibuk untuk tumpu kepada pelajaran..al-maklumlah, ana bakal menjejakkan kaki ke gerbang pra-pekerjaan tidak lama lagi, insyaAllah...

mohon doa dari para sahabat dan sahabiah sekalian..insyaAllah moga kita berjumpa lagi di artikel yang lain..
mohon undurkan diri, jazakallahu khaitran khatira...

Mar 28, 2011

Warkah buat bakal imamku

Assalamualaikum wbt,buat dirimu bakal imamku,..


Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…


"seindah hiasan adalah wanita solehah"

Ku mulakan tinta hati dengan bait indah Rasulullah buat semua umat di muka Bumi ini. Setiap kaum adam di muka Bumi ini pasti mengimpikan Wanita Solehah sebagai wanita idaman mereka. Seterusnya berniat untuk menjadikan wanita solehah sebagai pendamping hidup mereka dunia akhirat. Alhamdulillah, begitulah panduan yang telah ditetapkan bagi memilih calon zaujah yang terbaik di sisi setiap bakal-bakal zauj. InsyaAllah.



Wahai bakal imamku ,
Sabda Rasulullah saw, "kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara dan bahagia". Begitulah panduan syariat yang telah ditetapkan sepanjang zaman, bagi dirimu memilih calon zaujah yang terbaik disisimu. Tiap baris bait telah ku hafal kala diri melangkah ke alam baligh. Percayalah bakal imamku, diriku tidak punya harta seperti yang engkau inginkan melainkan ilmu yang hanya sekelumit yang telah ibubapaku berikan.

Dan jika keturunan mulia yang engkau impikan, maka diriku adalah sama sekali tidak tergolong di dalamnya. 
Keturunanku tidak tergolong dalam mana-mana golongan bangsawan, tidak juga tergolong dalam keturunan yang berpangkat. Keturunanku hanya tergolong dalam golongan yang sederhana, dan tidak punya apa-apa yang harus dibanggakan dalam keturunanku. 

Kecantikan? Adakah kecantikan yang engkau harapkan dariku wahai bakal imamku?..Setiap insan di muka Bumi ini pasti inginkan ,Kecantikan sebagai pandangan pertama bagi dirinya untuk memilih calon zaujah. Namun bagi diriku, tidak punya apa-apa kecantikan yang harus dibanggakan. Jauh sekali untuk bersaing dengan mana-mana wanita tercantik di muka Bumi. Diriku hanya membuang masa jika kecantikan secara zahiriyyah yang kau impikan. Aku hanya boleh berkata yang telah ku hijabkan kecantikan diriku dengan membuat amalan tuntutan agama.
Selebihnya hanya dirimu yang boleh menilai adakah diriku layak untuk menjadi calon zaujah mu?Andai diriku menjadi pilihanmu,..Aku tidak menjanjikan kebahagian baitul muslim sebagaimana yang engkau impikan, tapi diriku amat memerlukanmu untuk bersama-sama menegakkan dakwah islamiyyah dan sebagai pelengkap tulang rusukmu, diriku akan sentiasa menemani dirimu mengharungi onak duri kehidupan seharian. Dikala saat lafaz sakinah selesai diijabkabulkan, maka diriku berjanji akan sentiasa menjadi pembantu setiamu membina markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada PenciptaNya, tidak ada apa yang boleh memisahkan kita melainkan "Ajal".

Wahai bakal imamku yang disegani, 
Aku mengakui diriku masih kekurangan ilmu agama, namun dengan sekelumit ilmu agama yang telah dipelajari, aku ingin menjadi seorang zaujah yang sentiasa mendapat keredhaan dari Allah dan zauj ku sehingga terbinanya usrah muslim impianku, dengan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulnya, justeru meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di muka Bumi ini hingga ke titisan darah yang terakhir. Diriku juga bercita-cita untuk menjadi zaujahmu yang solehah, seperti mana yang telah dijanjikan Rasulullah :

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada isteri yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih).

Bakal Imamku yang dirahmati,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nisa':34) 

Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. 

Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan kesabaran, ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saff menuju ke syurga insyaAllah. Inginku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku.

Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku hanya sekadar sehelai telekung, kerana aku yakin dengan sehelai telekung tersebut maka dirimu akan sentiasa membimbingku dan meraih keredhaanNya.

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini.

Akhir kalam, maaf andainya terdapat tutur bicara yang mengguris di hati dan biarlah coretan warkah ini sebagai perantaraan bagi mengelak diri dari jemu merindu sehinggalah tatkala kita disatukan.

Wassalam..




Bidadari perindu Syurgawi



Alhamdulillah, syukur di atas segala kurniaan ALLAH swt, rahmat dan kasih sayangNya yang tidak pernah henti buat hambanya yang kerdil dan lemah. Kala diri dilanda kesedihan dan kesempitan, hanya pada mu ya ALLAH tempat bergantung. Zikrullah sebagai pengubat rindu terhadapmu. Moga diri sentiasa redha dan kuat untuk menghadapi liku-liku kehidupan seharian. 


 فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا 
(4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (As-Sharh : 4 & 5)


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.


 مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَ‌ۖ فِيہَآ أَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن مَّآءٍ غَيۡرِ ءَاسِنٍ۬ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن لَّبَنٍ۬ لَّمۡ يَتَغَيَّرۡ طَعۡمُهُ ۥ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ خَمۡرٍ۬ لَّذَّةٍ۬ لِّلشَّـٰرِبِينَ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ عَسَلٍ۬ مُّصَفًّ۬ى‌ۖ وَلَهُمۡ فِيہَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّہِمۡ‌ۖ كَمَنۡ هُوَ خَـٰلِدٌ۬ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُواْ مَآءً حَمِيمً۬ا فَقَطَّعَ أَمۡعَآءَهُمۡ 
(14) Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
( Muhammad : 14 )


Allahuakbar!, nikmatnya syurga amat sukar untuk dijangkau dengan akal fikiran setiap hambamu yang kerdil dan lemah ini. ALLAH swt juga menjanjikan ganjaran bagi orang-orang yang beriman kepadaNYa kelak akan mendapat pendamping (isteri ) dari bidadari-bidadari syurga yang tiada tolok banding rupawannya dengan mana-mana sekalipun wanita yang tercantik pernah ada di muka Bumi ALLAH. Kisah-kisah ini terdapat banyak buktinya di dalam Al-Qur'an, antaranya :


(21)Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. ( Al-Waqiah : 21-22)


 (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waqiah : 34 -36)

Rasulullah SAW menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." 
(HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
  1. Bertakwa
  2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.
  3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu
  4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.
  5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
  6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
  7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
  8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki
  9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
  10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia
  11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
  12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)
  13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
  14. Berbakti kepada kedua ibubapa
  15. Menyambung dan mengekalkan silaturrahim di antara kaum kerabat, sanak saudara , sahabat handai dan jiran tetangganya.

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)
tiba-tiba persoalan 'layakkah diriku menjadi wanita syurga?' bermain difikiran. Mampu ka aku?? Hingga saat ini, sungguh aku merasa diriku masih tidak layak. Ya ALLAH ya Tuhanku, moga Engkau sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat diriku, untuk terus mencari Cinta dan Redha dariMu..






Jan 21, 2011

hanya tinggal beberapa ketika saja lagi...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

apa khabar agaknya sahabat/biah ku sekalian?...sudah agak lama kiranya putri xmenjenguk ke laman blog ni..
ryndu rasanya untuk menulis ke dalam blog ni,...kali ni, putri nk share pasal pa pla?..hurm,...xpa la, rasanya putri nak share cerita berkaitan kolej putri jugak laa....insyaAllah pada 7 dan 8 Februari yang akan datang ni,putri akan mendaftar untuk masuk ke semester 4, alhamduLiLLAH xsedar rasanya, putri dah nak habis rupanya..dan semester ni merupakan semester yg kritikal bagi putri, pergerakan dan kegiatan luar atau dalam kolej akan terbatasla kiranya, pada 2 sem akhir ni la putri kena bagi tumpuan lebih berbanding semester2 sebelum ini...
putri mengharapkan agar dalam 2 sem akhir ni, moga2 putri tidakla tersangkut dalam mana2 subjek..insyaAllah, aamin ya robb...putri juga mengharapkan doa dari sahabt/biah sekalian ya...tolonglah doa2 kn putri,..dalam pada 2, putri berharap agar masih dipanjangkan umur, ya la kita sebagai insan yang lemah, tidak mungkin mengetahui bilakah tarikh dan masa kita akan dipanggil menghadap 'ILLAHI'...kita juga tidak dapat untuk melawan takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t...kita hanya dapat berdoa, dan terus berdoa kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang...berbalik kepada cerita 2 sem terakhir putri dalam Kolej Yayasan Sabah ni, insyaAllah putri hanya dapat merancang pabila diriku telah pun selamat menamatkan pengajian nanti, jika diberi peluang, insyaAllah putri akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai pula dalam kursus yang sama iaitu Ijazah Pengurusan Harta Tanah..(tolong doa2kn ya para sahabat/biah ku sekalian)...seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi..aamin ya robb..
apa2 pun, bermula dengan perancangan yang rapi terlebih dahulu, insyaAllah akan terkabulnya perancangan dan impian putri ini...xsabar rasanya untuk bergelar seorang Graduan..hehe, insyaAllah, saat itu pasti akan tiba...setakat ini saja yang putri dapat kongsikan bersama para sahabat/biah sekalian..insyaAllah, moga akan bersua di artikel yang lain pula..dan putri ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan tika menulis blog ini, kelemahan itu datang dr diri putri sendiri, dan yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t...
wassalam,...

Jan 8, 2011

Minggu Mesra Siswa MMS 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalalamualaikum kepada sahabat.sahabiah yang sudi untuk mengunjungi blog putri..setelah lama menyepi dari blog ini, maka telah tiba seruan dr Illahi untuk mula menulis semula ke dalam blog ini,..
putri hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika pertama kalinya menjadi Fasilitator dalam Minggu Mesra Siswa (Minggu Orientasi) Kolej Yayasan Sabah, baru-baru ini di Kampus B Likas, Kolej Yayasan Sabah bermula dari 4 hingga 8 Jan 2011.MMS kali ini adalah buat pertama kalinya di urus sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Yayasan Sabah, dan juga merupakan kali pertama diuruskan sepenuhnya tanpa pertolongan daripada pihak2 Kolej..walaupun tenaga yang ada tidak cukup untuk menguruskan MMS kali ini, tetapi alhamduLILLAH kami dapat menjalankan MMS dengan lancar sekali..dan ini merupakan satu cabaran yang diberi oleh Pegawai kolej kami untuk mendapatkan kepercayaan bahawa kami di kalangan MPP KYS adalah daripada golongan yang berani untuk menerima cabaran dan bersedia untuk mencuba untuk buat sehabis baik dalam apa jua program yang bakal kami jalankan tanpa pertolongan daripada mana2 staf Kolej. walaupun OC yang terlibat hanya 14 orang saja berbanding dengan pelajar2 baru yang mencecah 264 orang, tetapi putri berbangga kerana kami yang sedikit ini, tetap dapat menjalankan program MMS kali ini dengan jayanya,...kepenatan yang dirasa selama 5H4M merupakan satu kemanisan buat diri putri kerana selain mendapat pengalaman baru, putri juga berbangga kerana kami di kalangan MPP KYS akhirnya dapat bekerjasama dengan sepenuhnya. dan putri berasa gembira kerana walaupun mendapat kumpulan yang boleh dikira merupakan dari golongan pelajar2 yang paling nakal, tetapi mereka akan mendengar segala arahan dan kata2 dari putri berbanding dari OC yang lain..dan akhirnya kumpulan putri mendapat anugerah kumpulan yang 'Berdikari'.. insyaAllah, pengalaman bersama2 dengan adik2 yang nakal ini, akan membuatkan putri untuk mencuba pelbagai kaedah bagi menarik adik2 ini untuk lebih mendekati Allah seterusnya bersama2 dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini...segala kepenatan ketika berprogram, seakan-akan tidak terasa berbanding dengan pengalaman yang putri dapat..insyaAllah, semoga dengan penglibatan putri di dalam program MMS kali ini, tidak hanya berhenti setakat ini saja...dan kenangan bersama adik2 yang nakal2 merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi diri putri...didoakan moga adik2 dari kumpulan jagaan putri dapat terus membuat satu perubahan dalam diri dan akan menepati janji2 yang dibuat oleh mereka...semoga sentiasa sukses wahai adik2 ku...diriku mulai merindui anda semua kerana Allah...

Sep 6, 2010

Hawa...Anda mempunyai segudang nikmat

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan

Kelembutan ALLAH betapapun lama masanya
terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam

Sesungguhya, sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin ALLAH.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammas S.A.W adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan Puteri Wahab telah menghadiahkan
kepada umat manusia
"Tangan Putih" (Nabi Muhammad S.A.W)
yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da'ieyah di kalangan kaum Hawa sekitar anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah ALLAH dan RasulNYA yang mulia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlaq yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya..

Esok akan merekah Bunga yang harum
Baunya mengusir segala kesedihan dan 
menjadi Penghibur hati....

Aug 27, 2010

HAWA diRimu iBarat EMAS...Wanita Yang Melawan Penindasan

Tiada daya untuk menghindar dari kederhakaan dan 
tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan, 
kecuali dengan pertolongan ALLAH

Apa yang berlalu biarlah berlalu,
cita-cita adalah harapan yang belum pasti,
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani

Sesungguhnya ALLAH telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَةَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan ALLAH membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata "Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim. (Surah at-Tahrim, ayat 11)

Renungkanlah kenapa ALLAH menjadikan wanita ini (Aisyah Radhiyallahu'anha) sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah? Kenapa ALLAH menjadikannya sebagai model dan fenomena bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah ALLAH dan Rasul
NYA dalam kehidupan?
Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, ternyata dia lebih memilih untuk tinngal di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan ALLAH) daripada menempati tempat tinggalnya. Ia lebih rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah, penuh dengan perhiasan duniawi dan ramainya para pelayan yang siap melayani semua keperluannya. Namun, dia lebih memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan di sisi Tuhan Yang Maha Kuasa.
Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, dengan keteguhan dan kejujuran yang telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya- seorang diktator zalim- dengan kalimah kebenaran dan keimanan. maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian ALLAH menjadikannya sebgai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari kiamat. ALLAH juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Quran, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan ALLAH.

Sebagai BEKALAN,
Di sana ada suatu tempat di barisan terdepan,
tetapi menuntut anda untuk 
menambah peningkatan dan kesempurnaan
dalam setiap hal yang anda amalkan..

Wahai sahabatQ yang bergelar kaum HAWA
Pasangkan niat anda untuk menjadi seperti wanita ini..insyaALLAH..

buatMu yang bergelar HAWA

SELAMAT DATANG...

Selamat datang....

Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu'

Selamat datang....

Saudariku yang berhijab (berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkepibadian kukuh

Selamat datang....

Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusna hati

Selamat datang....

Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang....

Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala ALLAH, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNYA

Selamat datang....

Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran

Selamat datang....

Saudariku yang meneladani Aisyah (Isteri Fir'aun), Maryam dan Khadijah

Selamat datang....

Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka

Selamat datang....

Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan

Selamat datang....

Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggran ketentuan yang  diagungkan dan dohormati, serta menjauhkan diri dari perkatra-perkara yang haram....

persiapan hati

Setiap amalan dunia atau akhirat hendaklah didahului dengan persiapan. Persiapan penting bagi mencapai matlamat paling tinggi dalam sebarang perkara yang dirancang. Ini adalah naluri yang dimiliki oleh setiap orang, terutama ketika merancang sesuatu yang penting dalam hidup...
Hati adalah pusat persiapan bagi segala bentuk persiapan jasmani, sebelum mengerjakan ibadah. Hati adalah inti hidup dan kehidupan yang berada dalam diri seseorang. Oleh itu, islam mementingkan niat dalam segala hal. Sebagaimana pesanan Rasulullah SAW, segala amal perbuatan itu bergantung pada niatnya. Setiap orang (baik dan buruk) dinilai berdasarkan niatnya. Baginda juga pernah bersabda dengan tegas bahawa jasmani kita hanya akan sihat jika hati kita sihat. "Dalam tubuh kita terdapat segumpal darah. Jika ia sihat, sihatlah seluruh jasadnya dan jika ia 'rosak', maka 'rosak'lah seluruh jasadnya, ketahuilah segumpal darah itu adalah hati".

antara persiapan hati:..
1.TAKWA..
Mengubah hati menjadi baik tidak semudah membalikkan tapak tangan. Hati akan menjadi baik jika dipandu dengan lembut menuju ketakwaan, iaitu mengakui kebesaran ALLAH SWT lebih daripada apa pun dalam hidup ini.. Dengan takwa, ALLAH lebih banyak mengisi fikiran seseorang berbanding hal berkaitan kebendaan, kekuasaan, angan2 dan sebagainya. Akhirnya, hati akan menjadi taat dan patuh pada-NYA.
 Firman ALLAH SWT
"Siapa bertakwa kepada ALLAH, pasti DIA akan menunjukkan jalan keluar baginya".
                                                                                                          (Surah at-Talaq, ayat 2)

Takwa dapat diwujudkan dengan 2 sikap: ADIL dan PEMAAF. Dalam al-Quran, ada disebut, sikap adil mampu membawa pelakunya kepada ketakwaan,
"Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap seusatu kaum itu mendorong kamu pada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (pada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah pada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan mendalam tentang apa yang kamu lakukan. (Surah al-Ma'idah, ayat 8)

Sikap pemaaf pun dapat mewujudkan takwa yang ada dalam hati seseorang. ALLAH SWT berfirman, 
"Memaafkan itu lebih dekat hampir dengan takwa. Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. ALLAH Maha Melihat segala yang kamu lakukan".

Persiapan hati...:
2.Tawakal
Tawakal adalah kebergantungan hati kita pada ALLAH SWT atas segala urusan yang kita hadapi. Ia sudah cukup bagi kita menghadapi kegelisahan dan permasalahan duniawi. Dengn tawakal, kita yakin bahawa kita tidak perlu memohon pada selain-NYA, malah kita pasrah padanya dengan sebenar-benar pasrah. Dialah yang menjalankan roda kehidupan semua makhluk dengan kuasa-NYA..Firman ALLAH SWT:
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah) , sesiapa berserah diri bulat2 pada ALLAH, ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNYA, ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu..
                                                                                               (Surat at-Talaq, ayat 3)