Apr 3, 2013

98 days left...Ahlan Wa Sahlan Ramadahan Kareem..❀❀

assalamualaykum bloggers..

tgk post putri?..
nampak x?..nampak x?
haa..korang amacam?..
sape2 yang xmen'qada' puasa lagi?..
ya?..putri tau, mesty ramai lagi yg belum meng'qada kan?..
hehe, jagn risau, putri pun xqada lagi laaa..
huhu...lama jugak putri kena bayar..
tp, xpe..i know i can do it..
lagi pun, nk bg maintain berat bdn yg lalu..
berat badan putri sekarang dh naik!!!..
oh My!! oh My!! oh My Weight!
putri meryndui berat badan yang dulu..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

ya..dengan ini kita dapat memahami keistimewaan pada hari Isnin dan Khamis,
dan Baginda Rasulullah SAW berpuasa pada kedua-dua hari ini kerana keistimewaannya yang tersendiri.

apa keistimewaan hari Isnin dan Khamis?
teruskan baca ni..
hehe..
Keistimewaan hari Isnin..

“Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul – atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur’an kepada aku.” - 
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim)

Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur’an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran.
ya?..anda pun dah faham keistimewaan hari Isnin kan?..antara peristiwa yang berlaku pada Hari Isnin yang kita boleh ambil ikhtibar antaranya:

1. naiknya nabi Idris ke langit..
2. nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan..
4. malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"


Keistimewaan Hari Khamis

Dari Anas bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: "Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: "Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: "Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar"

antara peristiwa yang berlaku pada Hari Khamis:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof(Raja Mesir yang terkenal) setelah mereka membuang dan mengasingkannya..
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga.untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s. memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyyah..

ya..alhamdulillah, kita sama2 telah tahu keistimewaan hari Isnin dan Khamis,
jom la mulakan qada puasa ramadhan kita yang lalu..
insyaAllah, kita xakan sedar pun puasa kita dah habis di'qada..jika kita melakukan 
qada puasa pada setiap hari Isnin dan Khamis.
cuba kita hitungkan..
cewaah, putri jadi cikgu matematik sekejap ya..

contohnya, puasa yang kita perlu qada ada 5/7/8/10hari ,(depends mengikut kesuburan seseorang wanita/perempuan itu)..hehe,kalau wanita yang dalam pantang tu, putri xtahu lagi la..xada pengalaman lagi..hehe..maafla ye.. 

putri ambil contoh 7hari
1bulan = 4/5minggu X 7hari =28/29hari(pada bulan februari saja)
=30/31hari
1minggu=7hari - 2hari(isnin & khamis) baki 5hari..

baki 5hari 2lagi, kita boleh qada dalam tempoh 4minggu..
tu bagi sesape yang nk qada puasa pada hari Isnin dan Khamis je la..
kalau nak qada 7hari terus pun lagi bagus..dan sebaik2nya tidak melambatkan untuk qada puasa...

jom, mulakan qada puasa anda..














No comments:

Post a Comment

Ini blog putri d'bayu. Sebarang tindakan untuk men'copyright' dari blog ini akan didakwa. If like, sila CREDIT blog putri d'bayu