Jan 8, 2011

Minggu Mesra Siswa MMS 2010/2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalalamualaikum kepada sahabat.sahabiah yang sudi untuk mengunjungi blog putri..setelah lama menyepi dari blog ini, maka telah tiba seruan dr Illahi untuk mula menulis semula ke dalam blog ini,..
putri hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika pertama kalinya menjadi Fasilitator dalam Minggu Mesra Siswa (Minggu Orientasi) Kolej Yayasan Sabah, baru-baru ini di Kampus B Likas, Kolej Yayasan Sabah bermula dari 4 hingga 8 Jan 2011.MMS kali ini adalah buat pertama kalinya di urus sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Yayasan Sabah, dan juga merupakan kali pertama diuruskan sepenuhnya tanpa pertolongan daripada pihak2 Kolej..walaupun tenaga yang ada tidak cukup untuk menguruskan MMS kali ini, tetapi alhamduLILLAH kami dapat menjalankan MMS dengan lancar sekali..dan ini merupakan satu cabaran yang diberi oleh Pegawai kolej kami untuk mendapatkan kepercayaan bahawa kami di kalangan MPP KYS adalah daripada golongan yang berani untuk menerima cabaran dan bersedia untuk mencuba untuk buat sehabis baik dalam apa jua program yang bakal kami jalankan tanpa pertolongan daripada mana2 staf Kolej. walaupun OC yang terlibat hanya 14 orang saja berbanding dengan pelajar2 baru yang mencecah 264 orang, tetapi putri berbangga kerana kami yang sedikit ini, tetap dapat menjalankan program MMS kali ini dengan jayanya,...kepenatan yang dirasa selama 5H4M merupakan satu kemanisan buat diri putri kerana selain mendapat pengalaman baru, putri juga berbangga kerana kami di kalangan MPP KYS akhirnya dapat bekerjasama dengan sepenuhnya. dan putri berasa gembira kerana walaupun mendapat kumpulan yang boleh dikira merupakan dari golongan pelajar2 yang paling nakal, tetapi mereka akan mendengar segala arahan dan kata2 dari putri berbanding dari OC yang lain..dan akhirnya kumpulan putri mendapat anugerah kumpulan yang 'Berdikari'.. insyaAllah, pengalaman bersama2 dengan adik2 yang nakal ini, akan membuatkan putri untuk mencuba pelbagai kaedah bagi menarik adik2 ini untuk lebih mendekati Allah seterusnya bersama2 dalam memperjuangkan Islam di muka bumi ini...segala kepenatan ketika berprogram, seakan-akan tidak terasa berbanding dengan pengalaman yang putri dapat..insyaAllah, semoga dengan penglibatan putri di dalam program MMS kali ini, tidak hanya berhenti setakat ini saja...dan kenangan bersama adik2 yang nakal2 merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi diri putri...didoakan moga adik2 dari kumpulan jagaan putri dapat terus membuat satu perubahan dalam diri dan akan menepati janji2 yang dibuat oleh mereka...semoga sentiasa sukses wahai adik2 ku...diriku mulai merindui anda semua kerana Allah...

No comments:

Post a Comment

Ini blog putri d'bayu. Sebarang tindakan untuk men'copyright' dari blog ini akan didakwa. If like, sila CREDIT blog putri d'bayu